Sebatang rokok. Itulah ‘penjajah’ yang menguasai Mohamad Haznizwan Mohd Kassim selama lebih sedekad. Bukan sekali beliau cuba melawan. Bukan juga dua kali. Namun, beliau tetap gagal.

Dua percubaan, berakhir kegagalan. Pada percubaan ketiga, pemuda berusia 29 tahun dari Alor Gajah, Melaka itu akhirnya berjaya membebaskan diri daripada ketagihan nikotin.
Kini, lebih dua tahun beliau hidup tanpa kepulan asap rokok. Keputusan besar dalam hidupnya itu bukan didorong rasa takut kepada penyakit. Bukan juga atas desakan keluarga. Sebaliknya, kesedaran selepas menyedari lebih RM6,000 setahun ‘hangus’ untuk rokok.
“Saya nak berhenti ini sebab pertama pasal duitlah, bukan masalah tiada duit, cuma saya nampak duit saya pergi dekat rokok terlalu banyak. Purata dalam sehari saya keluarkan RM17.40. Sebulan lebih RM500. Jadi setahun saya nampak dalam RM6,000 lebih.
“Saya rasa jumlah tu terlalu banyak kalau dihabiskan dekat rokok sebab banyak lagi benda lain kita boleh habiskan. Saya tak pernah fikir pun pasal kesihatan. Saya nampak duit itu yang jadi kesedaran kuat untuk saya berhenti,” katanya kepada Media Selangor.

Perjalanan menuju kebebasan itu bukan sesuatu yang mudah. Percubaan pertama menggunakan kaedah mengurangkan bilangan rokok setiap hari. Beliau bertahan dua bulan. Namun, akhirnya kembali merokok.
Dalam percubaan kedua, Mohamad Haznizwan menggunakan kaedah produk alternatif, namun tewas pada keinginan untuk merokok ketika bersama rakan-rakan yang berkongsi ketagihan sama.
Titik perubahan sebenar berlaku dalam percubaan ketiga. Bukan kerana kaedah yang jauh berbeza tetapi lantaran beliau mula memahami apa yang sedang berlaku pada tubuhnya.
“Sebelum ini saya tidak tahu pasal withdrawal symptom (gejala sarak). Bila orang berhenti rokok, dia ada macam-macam simptom. Demam, sakit kepala, badan lemah, stres, gelisah dan sebagainya.
“Selepas saya faham ‘withdrawal symptom’ mengurangkan untuk merokok setiap hari, ditambah dengan ilmu, ia berjaya hingga kini. Tiada rasa nak merokok malah bau asap rokok terlalu busuk bagi saya,” katanya.
Ramai perokok sebenarnya gagal kerana tidak memahami simptom itu. Apabila badan mula demam atau gelisah, mereka sangka usaha berhenti tidak berhasil. Sebaliknya, itulah proses pemulihan tubuh.
“Kalau orang yang nak berhenti dan masih belum berjaya, pertama, kena tahu sifat withdrawal symptom. Demam memang bagus untuk dia.
“Kena welcome (alu-alukan) demam ini, dia (perokok) kena duduk dalam keadaan tidak selesa itu.
Withdrawal symptom kebiasaannya dua minggu, tiga minggu ataupun sebulan. Tak lama pun,” katanya.
Selepas dua tahun bebas rokok, Mohamad Haznizwan mengakui perubahan paling ketara ialah tahap kecergasannya.
“Dulu jadi perokok tegar badan saya letih. Berjalan pun mengah teruk sangat. Buat aktiviti kecergasan pun stamina tak kuat. Bila dah berhenti memang jauh beza stamina berbanding masa jadi perokok tegar,” katanya.
Pengalaman itu mendorongnya menghasilkan e-buku berjudul Seni Berhenti Merokok, enam bulan selepas berjaya berhenti merokok. Tujuannya hanya satu. Membantu lebih ramai orang keluar belenggu nikotin.

Setakat ini, lebih 100 naskhah e-buku terjual.
Lebih 40 pembeli pula memberi maklum balas positif, termasuk individu yang berjaya berhenti merokok selepas mengikuti panduan yang dikongsikannya.
Beliau juga rancak di laman media sosial mengenai pengalaman berhenti merokok. Walaupun sering menerima kecaman, Mohamad Haznizwan tidak peduli.
Baginya, setiap individu yang berjaya meninggalkan rokok hasil perkongsiannya membawa erti yang sangat
Kini, lebih dua tahun beliau hidup tanpa kepulan asap rokok. Keputusan besar dalam hidupnya itu bukan didorong rasa takut kepada penyakit. Bukan juga atas desakan keluarga. Sebaliknya, kesedaran selepas menyedari lebih RM6,000 setahun ‘hangus’ untuk rokok.
“Saya nak berhenti ini sebab pertama pasal duitlah, bukan masalah tiada duit, cuma saya nampak duit saya pergi dekat rokok terlalu banyak. Purata dalam sehari saya keluarkan RM17.40. Sebulan lebih RM500. Jadi setahun saya nampak dalam RM6,000 lebih.
“Saya rasa jumlah tu terlalu banyak kalau dihabiskan dekat rokok sebab banyak lagi benda lain kita boleh habiskan. Saya tak pernah fikir pun pasal kesihatan. Saya nampak duit itu yang jadi kesedaran kuat untuk saya berhenti,” katanya kepada Media Selangor.
Perjalanan menuju kebebasan itu bukan sesuatu yang mudah. Percubaan pertama menggunakan kaedah mengurangkan bilangan rokok setiap hari. Beliau bertahan dua bulan. Namun, akhirnya kembali merokok.
Dalam percubaan kedua, Mohamad Haznizwan menggunakan kaedah produk alternatif, namun tewas pada keinginan untuk merokok ketika bersama rakan-rakan yang berkongsi ketagihan sama.
Titik perubahan sebenar berlaku dalam percubaan ketiga. Bukan kerana kaedah yang jauh berbeza tetapi lantaran beliau mula memahami apa yang sedang berlaku pada tubuhnya.
“Sebelum ini saya tidak tahu pasal withdrawal symptom (gejala sarak). Bila orang berhenti rokok, dia ada macam-macam simptom. Demam, sakit kepala, badan lemah, stres, gelisah dan sebagainya.
“Selepas saya faham ‘withdrawal symptom’ mengurangkan untuk merokok setiap hari, ditambah dengan ilmu, ia berjaya hingga kini. Tiada rasa nak merokok malah bau asap rokok terlalu busuk bagi saya,” katanya.
Ramai perokok sebenarnya gagal kerana tidak memahami simptom itu. Apabila badan mula demam atau gelisah, mereka sangka usaha berhenti tidak berhasil. Sebaliknya, itulah proses pemulihan tubuh.
“Kalau orang yang nak berhenti dan masih belum berjaya, pertama, kena tahu sifat withdrawal symptom. Demam memang bagus untuk dia.
“Kena welcome (alu-alukan) demam ini, dia (perokok) kena duduk dalam keadaan tidak selesa itu.
Withdrawal symptom kebiasaannya dua minggu, tiga minggu ataupun sebulan. Tak lama pun,” katanya.
Selepas dua tahun bebas rokok, Mohamad Haznizwan mengakui perubahan paling ketara ialah tahap kecergasannya.
“Dulu jadi perokok tegar badan saya letih. Berjalan pun mengah teruk sangat. Buat aktiviti kecergasan pun stamina tak kuat. Bila dah berhenti memang jauh beza stamina berbanding masa jadi perokok tegar,” katanya.
Pengalaman itu mendorongnya menghasilkan e-buku berjudul Seni Berhenti Merokok, enam bulan selepas berjaya berhenti merokok. Tujuannya hanya satu. Membantu lebih ramai orang keluar belenggu nikotin. eSetakat ini, lebih 100 naskhah e-buku terjual.
Lebih 40 pembeli pula memberi maklum balas positif, termasuk individu yang berjaya berhenti merokok selepas mengikuti panduan yang dikongsikannya.
Beliau juga rancak di laman media sosial mengenai pengalaman berhenti merokok. Walaupun sering menerima kecaman, Mohamad Haznizwan tidak peduli.
Baginya, setiap individu yang berjaya meninggalkan rokok hasil perkongsiannya membawa erti yang sangat bermakna.