MBPJ juara kenderaan berhias sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri

1 Sep 2026, 9:51 AM
MBPJ juara kenderaan berhias sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri
MBPJ juara kenderaan berhias sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri

PETALING JAYA, 1 SEPT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dinobatkan sebagai juara Acara Kenderaan Berhias sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 di Stadium Kajang, kelmarin.

Kemenangan itu mencerminkan kreativiti, kesungguhan dan semangat patriotisme warga MBPJ dalam menzahirkan kecintaan kepada negara menerusi hasil seni dan idea kreatif.

Kenderaan berhias yang mengetengahkan identiti bandar raya Petaling Jaya tampil dengan rekaan penuh warna, sekali gus mencuri perhatian pengunjung sepanjang sambutan.

Penyertaan itu turut membuktikan semangat patriotisme dapat diterjemahkan melalui kreativiti, kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 peringkat negeri itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, dengan pelbagai acara menarik.

Antaranya perarakan kenderaan berhias dan kontinjen, persembahan badan beruniform, persembahan kebudayaan, pertunjukan cahaya dan bunga api serta Konsert Merdeka 69.

Kemeriahan sambutan turut diserikan dengan agihan 100,000 cucuk sate kepada pengunjung sebagai sajian ikonik Kajang.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puan Hjh. Sharinaz Samsudin.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.