Sambutan acara besar peringkat negeri dianjur bergilir setiap daerah, semarak semangat kekitaan

29 Ogos 2026, 8:00 AM

AMPANG, 29 OGOS: Sambutan acara besar peringkat negeri seperti Hari Kemerdekaan serta perayaan utama akan dianjur secara bergilir di setiap daerah untuk menyemarakkan rasa kekitaan dalam kalangan rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran negeri tidak lagi hanya menumpukan kawasan sekitar ibu negeri, Shah Alam, sebaliknya memastikan setiap rakyat terus didekati sekali gus mengukuhkan semangat perpaduan.

“Malam esok kita ada perarakan Merdeka. Tahun ini kita pilih Hulu Langat kerana saban tahun kita hanya anjurkan di Shah Alam sahaja.

“Selepas ini kita libatkan dan turun ke semua daerah. Begitu juga dengan sambutan perayaan Aidilfitri, Deepavali dan sebagainya,” katanya merasmikan Program Madani Kita Bersama Komuniti Ampang Jaya 2026 di sini hari ini.

Beliau turut mempelawa orang ramai untuk memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung di Stadium Kajang pada malam esok.

Sebelum ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan sambutan bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam dengan pelbagai pengisian menarik untuk seisi keluarga.

Antara acara yang disusun ialah perarakan dan perbarisan, persembahan badan beruniform, persembahan kebudayaan serta pertunjukan bunga api selain turut menyediakan 100,000 cucuk sate Kajang untuk dijamu pengunjung.

Persembahan nyanyi beberapa artis terkenal tanah air antaranya Awie, Ramli Sarip, Ukays dan Wani Kayrie akan menjadi sebagai acara kemuncak.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.