Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor pupuk fokus, imaginasi dan pemikiran kritis - EXCO

28 Ogos 2026, 1:56 PM
Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor pupuk fokus, imaginasi dan pemikiran kritis - EXCO
Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor pupuk fokus, imaginasi dan pemikiran kritis - EXCO
Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor pupuk fokus, imaginasi dan pemikiran kritis - EXCO
Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor pupuk fokus, imaginasi dan pemikiran kritis - EXCO

SHAH ALAM, 28 OGOS: Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor (FSKS) 2026 menjadi antara usaha Kerajaan Negeri memperkukuh perkembangan kanak-kanak menerusi pembacaan yang dapat memupuk fokus, imaginasi dan pemikiran kritis sejak usia muda.

EXCO Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata buku sastera kanak-kanak bukan sekadar bahan bacaan, sebaliknya berperanan membantu membentuk ketenangan emosi serta merangsang daya pemikiran kritis.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap pada Majlis perasmian Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor pada 28 Ogos 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Islam sendiri amat menekankan aspek pembacaan dan pencarian ilmu. Justeru, program ini membawa mesej mendalam bahawa setiap anak dilahirkan dengan keunikan dan potensi tersendiri.

“Ia selari dengan prinsip ‘No One Left Behind’ yang menjadi komitmen Kerajaan Negeri untuk menyediakan ekosistem inklusif supaya setiap kanak-kanak mendapat peluang yang saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian FSKS 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor, di sini, hari ini.

Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor (FSKS) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC) menghimpunkan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan minat membaca, kreativiti dan penghayatan sastera dalam kalangan kanak-kanak ketika tinjauan pada 28 Ogos 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Menurut Anfaal, penganjuran festival itu turut membuktikan medium sastera dan buku fizikal masih mempunyai kedudukan penting dalam perkembangan kanak-kanak meskipun mereka kini terdedah kepada pelbagai kandungan digital.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Datin Paduka Mastura Muhamad berkata hampir 200 program disediakan sepanjang empat hari festival dengan penyertaan lebih 100 pempamer daripada pelbagai bidang.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad berucap pada majlis perasmian Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor pada 28 Ogos 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Katanya, pelbagai aktiviti dirangka bagi memberi peluang kepada kanak-kanak mendengar cerita, berimaginasi, berkarya dan mencuba perkara baharu dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

“Program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan berehat seketika daripada gajet serta skrin.

“Kanak-kanak sebenarnya memerlukan masa dan kasih sayang daripada ibu bapa tanpa syarat kerana perhatian dan kebersamaan itu penting dalam membentuk emosi, keyakinan diri dan perkembangan mereka,” katanya.

Pengunjung cilik, Idris Hamka Muhamad Safwan dan Muhamad Hamzah Mohd Zaiham, ditemani ibu bapa mereka mencuba permainan Nintendo pada Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor (FSKS) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor pada 28 Ogos 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

FSKS 2026 berlangsung selama empat hari bermula hari ini di SITC dan Aneka Walk Shah Alam, dengan tema ‘Meraikan Setiap Cerita Kanak-Kanak’.

Festival itu turut menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan pembacaan, kreativiti dan penghasilan karya sebagai usaha memperkukuh budaya membaca serta meningkatkan literasi kanak-kanak.

Muhamad Abu Sufian Muhamad Amirul, 5, bersama ibunya, Fatin Quzeiriah Abdul Hafiz, 32, melihat buku di reruai Gua Novel Dot Com pada Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor (FSKS) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor pada 28 Ogos 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.