Audit DBP: Penggunaan bahasa Melayu MBPJ dinilai sangat baik

28 Ogos 2026, 11:00 AM
Audit DBP: Penggunaan bahasa Melayu MBPJ dinilai sangat baik

SHAH ALAM, 28 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meraih Aras 5 (Sangat Baik) bagi Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dalam Audit Bahasa Melayu 2026 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pihak berkuasa tempatan itu turut memperoleh Aras 4 (Baik) bagi Mutu Bahasa Melayu menerusi audit sama.

Menurut MBPJ, pencapaian berkenaan mencerminkan komitmennya dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, berkualiti dan tepat dalam urusan serta penyampaian perkhidmatan rasmi.

“Usaha ini juga selaras dengan aspirasi MBPJ untuk terus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, keputusan audit itu diumumkan pada sesi Penutupan Audit Bahasa Melayu 2026 di Dewan Bunga Tanjung, Ibu Pejabat MBPJ.

Sesi berkenaan disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya Sharinaz Samsudin.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.