MPKL sita peralatan kilang arang tanpa lesen dalam operasi Banting

27 Ogos 2026, 5:46 AM
MPKL sita peralatan kilang arang tanpa lesen dalam operasi Banting
MPKL sita peralatan kilang arang tanpa lesen dalam operasi Banting
MPKL sita peralatan kilang arang tanpa lesen dalam operasi Banting
MPKL sita peralatan kilang arang tanpa lesen dalam operasi Banting
MPKL sita peralatan kilang arang tanpa lesen dalam operasi Banting

SHAH ALAM, 27 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita barangan dan peralatan sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pembuatan arang tanpa lesen di Mukim Tanjung 12, berhampiran Jalan Mahang, Olak Lempit, Banting.

Menurut MPKL, operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu, mengesan premis berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan kilang membuat arang tanpa memiliki lesen sah daripada MPKL.

“Tindakan penguatkuasaan diambil berdasarkan Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

“Manakala, tindakan sitaan terhadap barangan dan peralatan yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan berkenaan dilaksana berdasarkan Undang-Undang Kecil 38(1), Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007,” katanya di Facebook.

Menurut MPKL, pihaknya memandang serius sebarang aktiviti perniagaan yang dijalankan tanpa lesen dan tidak mematuhi peruntukan undang-undang ditetapkan.

“Tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi berkaitan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti perniagaan dan perindustrian di kawasan pentadbiran MPKL mematuhi syarat pelesenan serta peraturan yang berkuat kuasa.

“Ia juga bagi memastikan kepentingan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan masyarakat setempat sentiasa terpelihara,” katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.