SUKMA 2026: Selangor tamat acara terjun dengan sembilan pingat

23 Ogos 2026, 7:00 AM
SUKMA 2026: Selangor tamat acara terjun dengan sembilan pingat
SUKMA 2026: Selangor tamat acara terjun dengan sembilan pingat

SHAH ALAM, 23 OGOS: Selangor menutup cabaran acara terjun Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 dengan kutipan tiga pingat emas, dua perak dan empat gangsa.

Pingat terakhir skuad negeri hadir menerusi gandingan Aeriel Riezqi Abdullah dan Ayu Syuhaida Khairul yang meraih gangsa dalam acara 10 meter platform seirama campuran.

Tiga emas Selangor disumbangkan Muhammad Haris Mohd Rezal menerusi acara 1 meter papan anjal lelaki, Uzlifatil Jannah Ashraf dalam 1 meter papan anjal wanita serta Ayu Syuhaida menerusi 3 meter papan anjal wanita pada hari terakhir saingan.

Atlet terjun Selangor Muhammad Haris Mohd Rezal menunjukkan pingat emas yang dimenangi dalam acara 1 meter (m) papan anjal lelaki akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Akuatik Selangor, Shah Alam. Muhammad Haris mencatat 353.80 mata. Foto BERNAMA

Lebih manis, kejayaan Haris turut mencuri tumpuan apabila beliau menewaskan dua penerjun kebangsaan untuk muncul juara acara 1 meter papan anjal lelaki.

Sarawak pula mendominasi saingan terjun dengan meraih enam daripada 12 pingat emas yang dipertandingkan, sekali gus muncul kontinjen terbaik dalam acara berkenaan.

Kutipan keseluruhan sembilan pingat menjadi penutup positif buat skuad terjun Selangor pada temasya kali ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.