Muhammad Haris tutup SUKMA terakhir dengan emas 1m papan anjal

21 Ogos 2026, 8:23 AM
Muhammad Haris tutup SUKMA terakhir dengan emas 1m papan anjal
Muhammad Haris tutup SUKMA terakhir dengan emas 1m papan anjal
Muhammad Haris tutup SUKMA terakhir dengan emas 1m papan anjal

SHAH ALAM, 21 OGOS: Penerjun Selangor, Muhammad Haris Mohd Rezal melengkapkan koleksi tiga pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas muncul juara acara 1 meter (m) papan anjal lelaki di Akuatik Selangor, hari ini.

Muhammad Haris mengumpul 353.80 mata menerusi enam terjunan untuk mengatasi penerjun Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim yang mencatat 347.70 mata bagi pingat perak.

Pingat gangsa pula menjadi milik seorang lagi wakil Wilayah Persekutuan, Yong Rui Jie.

Kejayaan berkenaan melengkapkan pencapaian Muhammad Haris dengan tiga pingat pada temasya kali ini selepas sebelum itu memperoleh perak acara 3m papan anjal individu lelaki dan gangsa 3m papan anjal berirama lelaki.

Muhammad Haris berkata kejayaan menamatkan SUKMA terakhirnya dengan pingat emas cukup bermakna, lebih-lebih lagi selepas berjaya mengatasi penerjun kebangsaan.

Aksi atlet terjun Selangor Muhammad Haris Mohd Rezal dalam acara 1 meter (m) papan anjal lelaki akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam pada 21 Ogos 2026. Muhammad Haris berjaya merangkul pingat emas dengan catatan 353.80 mata. Foto BERNAMA.

“Saya rasa sangat gembira dan berpuas hati dapat emas 1 meter papan anjal ini, selain dapat kalahkan penerjun kebangsaan.

“Ini SUKMA terakhir saya. Saya telah mewakili Selangor dalam SUKMA sejak umur sembilan tahun.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada jurulatih dan ibu bapa saya kerana banyak membantu selama ini. Saya tak akan berjaya tanpa dorongan mereka,” katanya ketika ditemui Media Selangor di Akuatik Selangor, hari ini.

Selepas menutup penampilan di pentas SUKMA, Haris kini mengintai peluang untuk mewakili negara dengan menjadikan kejayaan kali ini sebagai pembakar semangat untuk memburu tempat dalam skuad kebangsaan.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.