PRN Melaka: MB jumpa Anwar esok bincang kerjasama HARAPAN-BN

22 Ogos 2026, 12:00 PM
PRN Melaka: MB jumpa Anwar esok bincang kerjasama HARAPAN-BN

GOMBAK, 22 OGOS: Dato' Seri Amirudin Shari dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok bagi membincangkan perkembangan kerjasama Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dato' Menteri Besar berkata pertemuan itu menjadi langkah seterusnya sebelum sebarang tindakan selanjutnya diputuskan, termasuk kemungkinan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Saya esok baru ada mesyuarat dengan Datuk Sri Anwar untuk tentang hal tersebut, kalau ada keperluan itu saya akan laksanakan segera,” katanya selepas melancarkan Karnival Sambutan Maulidurrasul & Semarak Merdeka di Masjid Al-Khairiyah, di sini hari ini.

Amirudin berkata pertemuan bersama Ab Rauf, sekiranya diperlukan, berkemungkinan diadakan selepas sambutan Hari Kebangsaan berikutan kedua-dua pihak kini memberi tumpuan kepada persiapan sambutan kemerdekaan.

Beliau berkata perkembangan berkaitan kerjasama HARAPAN-BN bagi menghadapi PRN Melaka ketika ini masih belum mencapai keputusan strategik yang muktamad.

Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya HARAPAN berkata beliau bersedia laksanakan arahan perdana menteri berhubung langkah seterusnya dan akan memaklumkan perkembangan kepada media sekiranya terdapat keputusan penting.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.