Tujuh lelaki ditahan susulan video tular pergaduhan di Bintulu

22 Ogos 2026, 12:03 PM
Tujuh lelaki ditahan susulan video tular pergaduhan di Bintulu

BINTULU, 22 OGOS: Polis menahan tujuh lelaki tempatan susulan pergaduhan di tempat letak kenderaan di hadapan sebuah kedai runcit di sini selepas rakaman video mengenainya tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali berkata kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu semalam dan kini direman bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham berkaitan kemalangan kenderaan dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur gangsterisme.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan siasatan akan disegerakan untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318804.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.