Ganggu laluan awam, MPSepang sita motosikal dan basikal terbiar

22 Ogos 2026, 4:31 AM
Ganggu laluan awam, MPSepang sita motosikal dan basikal terbiar
Ganggu laluan awam, MPSepang sita motosikal dan basikal terbiar

SHAH ALAM, 22 OGOS: Unit Khas Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyita 21 kenderaan terbiar dalam satu operasi penguatkuasaan di sekitar Persiaran Multimedia pada 12 Ogos lalu.

Tindakan tegas melibatkan sitaan 8 buah motosikal dan 13 buah basikal yang dikesan ditinggalkan tanpa pengawasan sehingga menghalang laluan pejalan kaki di kawasan berkenaan.

MPSepang melalui kenyataan di Facebooknya menegaskan bahawa langkah tersebut diambil hasil pemantauan berterusan bagi memastikan persekitaran bandar Cyberjaya kekal selamat, kemas, dan bebas daripada halangan.

"Tindakan penguatkuasaan dan sitaan berkenaan dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang d dilaksanakan mengikut peruntukan Seksyen 46(1)(a), antaranya berkaitan perbuatan meletakkan motosikal di mana-mana kaki lima sehingga menyebabkan halangan di tempat awam,"menurut kenyataan itu lagi.

Mengulas lanjut, pihak majlis turut mengingatkan pengguna jalan raya dan penduduk sekitar agar lebih bertanggungjawab serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"MPSepang menasihatkan orang awam supaya tidak meninggalkan motosikal, basikal atau apa-apa barangan di kawasan awam sehingga boleh menimbulkan gangguan, menghalang laluan serta menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.