SUKMA 2026: Shannon buru emas kelima, empat perenang Selangor mara ke final

22 Ogos 2026, 2:21 AM
SUKMA 2026: Shannon buru emas kelima, empat perenang Selangor mara ke final

SHAH ALAM, 22 OGOS: Perenang sensasi Selangor, Shannon Tan Yang-Qing menepati ramalan apabila mara ke final acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Akuatik Selangor, hari ini.

Shannon yang memburu pingat emas kelima peribadinya akan ditemani rakan sepasukan, Khor Yue Lynn yang turut layak ke final selepas mencatat masa kedua terpantas dalam aksi saringan pagi ini.

Sementara itu, dua lagi wakil Selangor turut mengesahkan tempat ke final acara 100m kuak kupu-kupu lelaki.

Keputusan rasmi saringan acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki menyaksikan dua perenang Selangor, Goh Li Hen dan Goh Li Jie, layak ke final SUKMA 2026. Foto NAJAMUDDIN MOHD NOR/MEDIA SELANGOR

Goh Li Hen yang meraih pingat emas acara 200m kuak kupu-kupu lelaki semalam, akan memburu emas kedua peribadinya bersama rakan sepasukan, Goh Li Jie.

Saingan final bagi kedua-dua acara dijadual berlangsung di Akuatik Selangor, petang ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.