Gombak-Hulu Langat, Klang jadi fokus Pelan Induk Pelancongan Selangor 2026–2030

22 Ogos 2026, 1:00 AM
Gombak-Hulu Langat, Klang jadi fokus Pelan Induk Pelancongan Selangor 2026–2030
Gombak-Hulu Langat, Klang jadi fokus Pelan Induk Pelancongan Selangor 2026–2030

SHAH ALAM, 21 OGOS: Pelan Induk Pelancongan Negeri Selangor 2026–2030 memberi fokus kepada dua kluster utama, iaitu Gombak-Hulu Langat dan Bandar Diraja Klang.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berkata, pelan yang dimasukkan dalam Rancangan Selangor Kedua (RS-2) itu turut menjadi sebahagian daripada persediaan menghadapi Tahun Melawat Selangor 2026 yang menyasarkan sembilan juta ketibaan pelancong.

“Pelan induk ini memberi fokus kepada pembangunan dua kluster pelancongan utama, iaitu Kluster Pelancongan Gombak-Hulu Langat yang menekankan ekopelancongan dan khazanah alam semula jadi.

“Kluster Pelancongan Bandar Diraja Klang pula mengetengahkan warisan sejarah, seni budaya dan identiti Negeri Selangor,” katanya pada Anugerah Produk Ikonik Tourism Selangor 2025 di Pusat Konvensyen MBSA di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelan induk berkenaan menjadi dokumen panduan pembangunan bagi memperkukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama negara.

Katanya, Selangor mengekalkan kedudukan sebagai destinasi paling ramai dikunjungi di Malaysia selama lima tahun berturut-turut sejak 2021, dengan 36.4 juta pelawat domestik direkodkan pada 2025, meningkat 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Prestasi sektor pelancongan turut menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negeri yang mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM460.1 bilion, bersamaan 26.5 peratus daripada keseluruhan KDNK Malaysia,” katanya.

Pelan induk berkenaan dilancarkan sempena Majlis Penyerahan Anugerah Produk Ikonik Tourism Selangor 2025 yang turut mengiktiraf 24 produk pelancongan dari seluruh negeri.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.