NutriSel, RMT: Bantuan makanan diperluas kepada lebih 160,000 pelajar – MB

20 Ogos 2026, 5:23 AM
NutriSel, RMT: Bantuan makanan diperluas kepada lebih 160,000 pelajar – MB
NutriSel, RMT: Bantuan makanan diperluas kepada lebih 160,000 pelajar – MB
NutriSel, RMT: Bantuan makanan diperluas kepada lebih 160,000 pelajar – MB
NutriSel, RMT: Bantuan makanan diperluas kepada lebih 160,000 pelajar – MB

PETALING JAYA, 20 OGOS: Lebih 160,000 pelajar di Selangor kini menerima manfaat bantuan makanan menerusi gabungan program Nutrisi Selangor (NutriSel) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), sekali gus memperluas capaian sokongan kepada golongan yang memerlukan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata angka itu hasil gabungan kira-kira 106,000 pelajar yang menerima manfaat NutriSel dan sekitar 55,000 murid menerusi RMT.

Menurutnya, gabungan kedua-dua program itu mewakili hampir 15 peratus daripada kira-kira satu juta pelajar di Selangor.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya pada 20 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Dengan kemasukan program NutriSel ini, kalau tidak, hanya 55,000 (pelajar), maknanya kurang daripada 10 peratus, baharu sekitar lima peratus pelajar daripada golongan B40 yang menerima sokongan daripada program makan percuma atau bantuan makanan.

“Dengan NutriSel, kita dapat membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Simbolik Penyerahan NutriSel kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Dato’ Harun 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan di sini hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan bantuan sekolah kepada guru besar ketika program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) di Sekolah Kebangsaan Dato' Harun Satu, Petaling Jaya pada 20 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Mengulas pelaksanaan NutriSel, Amirudin berkata program berkenaan kini memasuki minggu ketiga dengan melibatkan 932 sekolah dan kira-kira 106,000 pelajar di seluruh Selangor.

Katanya, setiap pelajar menerima hidangan dua kali seminggu, manakala makanan bagi sesi pagi disediakan lebih lengkap merangkumi nasi, lauk, buah-buahan, sayuran dan minuman.

Dari sini saya akan jadikan isu pemantauan sebagai perkembangan kedua:

Dalam pada itu, Amirudin berkata kira-kira 90 peratus sekolah yang terlibat sudah mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaan NutriSel, termasuk aspek kualiti dan kuantiti makanan.

Pelajar bersama pek makanan yang diterima ketika program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya pada 20 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Katanya, pemantauan dilaksanakan bersama pihak sekolah dan pengurusan kantin bagi memastikan makanan yang disediakan memenuhi keperluan ditetapkan.

“Kita uruskan dengan pengurusan kantin. Kita tidak buat dengan katerer atau pembekal dari luar.

“Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan akan menilai prestasi mereka, manakala Unit Perancang Ekonomi Negeri turut menerima laporan harian daripada sekolah,” katanya.

Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) di Sekolah Kebangsaan Dato' Harun Satu, Petaling Jaya pada 20 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, mekanisme berkenaan membolehkan Kerajaan Negeri memantau keberkesanan program secara berterusan, termasuk kualiti makanan, kuantiti hidangan serta kaedah penyampaian kepada pelajar.

Beliau berkata pendekatan menggunakan pengurusan kantin sekolah turut memastikan makanan disediakan secara segar dan selamat tanpa memerlukan penghantaran dari jarak jauh.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sekitar RM14 juta bagi pelaksanaan NutriSel untuk tempoh tiga bulan sebelum menilai kesesuaian program berdasarkan permintaan dan maklum balas yang diterima.

Pek makanan yang diberi ketika program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya pada 20 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

NutriSel merupakan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang dibentangkan Amirudin pada Mesyuarat Khas Dewan Negeri Selangor (DNS) Jun lalu.

Pakej itu diperkenalkan sebagai tindak balas Kerajaan Negeri terhadap cabaran kenaikan kos susulan gangguan rantaian bekalan serta ketidaktentuan pasaran tenaga global.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.