NutriSel bantu murid B40 jimat wang saku, sokong pembelajaran

20 Ogos 2026, 7:00 AM
NutriSel bantu murid B40 jimat wang saku, sokong pembelajaran
NutriSel bantu murid B40 jimat wang saku, sokong pembelajaran
NutriSel bantu murid B40 jimat wang saku, sokong pembelajaran
NutriSel bantu murid B40 jimat wang saku, sokong pembelajaran

PETALING JAYA, 20 OGOS: Program Nutrisi Selangor (NutriSel) bukan sahaja membantu murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapatkan makanan berkhasiat, malah mengurangkan keperluan mereka menggunakan wang saku untuk membeli makanan di sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim berkata pelaksanaan NutriSel turut melengkapkan bantuan menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT), sekali gus membolehkan lebih ramai murid menikmati sarapan sebelum memulakan pembelajaran.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim bercakap kepada media selepas program Nutrisi Selangor (NutriSel) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya pada 20 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Sarapan ini penting kerana kalau tidak, susah untuk mereka menyerap pembelajaran. Pada masa sama, wang saku mereka juga dapat dijimatkan.

“Anak-anak Selangor sangat bertuah kerana bukan mudah untuk mendapatkan keistimewaan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Simbolik Penyerahan NutriSel yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Harun 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Medan di sini hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengagihkan pek makanan kepada murid ketika program Nutrisi Selangor (NutriSel) di Sekolah Kebangsaan Dato' Harun Satu, Petaling Jaya pada 20 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Wan Nor Ashikin berkata kerjasama Kerajaan Negeri bersama JPN memberi peluang kepada lebih ramai murid yang memerlukan untuk menikmati sarapan yang disediakan menerusi program berkenaan.

Katanya, pelaksanaan NutriSel setakat ini berjalan lancar hasil kerjasama pihak sekolah dan pengurusan kantin yang bertanggungjawab menyediakan makanan kepada murid.

Sementara itu, Pengetua SMK Taman Medan Lily Juliani Jaafar berkata NutriSel amat membantu murid di sekolah berkenaan, khususnya majoriti penerima yang datang daripada keluarga B40.

Pengetua SMK Taman Medan Lily Juliani Jaafar bercakap kepada media selepas program Nutrisi Selangor (NutriSel) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya pada 20 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Program ini sangat membantu mereka untuk menyimpan wang belanja kerana makanan telah ditaja Kerajaan Negeri.

“Makanan yang disediakan juga berkhasiat dan menunya berbeza mengikut hari, selain seimbang kerana disediakan oleh pihak kantin sekolah,” katanya.

Beliau berkata seramai 336 murid sesi pagi dan petang di SMK Taman Medan menerima manfaat NutriSel, membabitkan murid Tingkatan Satu hingga Lima.

Katanya, seramai 94 murid SK Taman Dato’ Harun 1 turut menerima manfaat program berkenaan.

Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya pada 20 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, pihak sekolah berbesar hati kerana dipilih menyertai NutriSel yang disifatkan sebagai satu bentuk keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan murid.

“Alhamdulillah, kami sangat berbesar hati dan bersyukur kerana sekolah ini dipilih untuk menerima manfaat NutriSel, terima kasih kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Terdahulu, Amirudin turut menyerahkan Bantuan Sekolah Negeri Selangor kepada kedua-dua sekolah berkenaan, dengan SK Dato’ Harun 1 menerima RM25,000 untuk kerja membaik pulih makmal Sains, manakala SMK Taman Medan menerima RM50,000 bagi kerja membaik pulih kelas.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyantuni pelajar ketika program Nutrisi Selangor (NutriSel) di Sekolah Kebangsaan Dato' Harun Satu, Petaling Jaya pada 20 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.