Selangor ubah strategi tangani banjir, kurangkan kesan hingga 60 peratus - MB

20 Nov 2026, 2:03 PM
Selangor ubah strategi tangani banjir, kurangkan kesan hingga 60 peratus - MB
Selangor ubah strategi tangani banjir, kurangkan kesan hingga 60 peratus - MB
Selangor ubah strategi tangani banjir, kurangkan kesan hingga 60 peratus - MB
Selangor ubah strategi tangani banjir, kurangkan kesan hingga 60 peratus - MB

SHAH ALAM, 20 NOV: Pendekatan menangani banjir di Selangor yang diubah susulan kejadian bah besar pada 2021, daripada penumpuan kepada Rancangan Tebatan Banjir (RTB) kepada strategi pantas di peringkat mikro, kini menunjukkan hasil positif.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu membantu mengurangkan kesan banjir sehingga 60 peratus di beberapa kawasan yang sebelum ini kerap terjejas, termasuk Padang Jawa, Taman Melawis dan Jalan Paip di Klang serta Taman Sri Muda di Shah Alam.

Menurutnya, keempat-empat kawasan berkenaan antara yang menerima kesan paling buruk ketika banjir besar pada 2021 sehingga menyebabkan barangan keperluan rumah penduduk rosak.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika Persidangan Mesyuarat Ketiga Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 20 November 2026 Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM / MEDIA SELANGOR

“Pada 2021, keempat-empat kawasan ini menerima kesan paling buruk dan menyebabkan barangan (keperluan rumah) mangsa rosak.

“Bagaimanapun, apabila hujan dengan kadar lebih tinggi berlaku bulan ini berbanding bulan-bulan sebelumnya, kawasan ini tidak menerima kesan yang terlalu drastik.

“Sudah pasti terdapat kawasan yang mula dinaiki air, tetapi kesannya dapat dikurangkan lebih 50 hingga 60 peratus,” katanya ketika penggulungan Belanjawan Selangor 2027, hari ini.

Rumah pam dan projek tebatan banjir di Taman Melawis, Klang pada 28 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Mengulas lanjut, Amirudin berkata tidak adil untuk mendakwa Kerajaan Negeri tidak memandang serius isu banjir, memandangkan pelbagai perubahan dan penambahbaikan telah dilaksanakan.

“Jika nak katakan tak berlaku perubahan atau penambahbaikan, saya percaya kenyataan ini tak adil sebab kita ada lebih 200 kawasan titik panas banjir sebelum ini dan dikurangkan sampai ke 56,” katanya.

Usaha menangani banjir itu turut menunjukkan perkembangan menerusi statistik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor yang merekodkan penurunan bilangan kawasan dilanda banjir sejak 2025.

Pada 2023, sebanyak 487 kejadian banjir direkodkan, manakala 2024 mencatatkan 433 kejadian. Kedua-dua angka itu lebih tinggi berbanding 359 kejadian pada 2022.

Kerja naik taraf saliran ketika tinjauan di Kampung Padang Jawa, Shah Alam pada 7 November 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Bagaimanapun, jumlah berkenaan menurun kepada 322 pada 2025 sebelum merekodkan 102 kawasan banjir setakat 11 November tahun ini.

Bagi kategori kawasan titik panas dan berisiko banjir, statistik antara 2022 hingga 2025 turut menunjukkan penurunan apabila jumlah titik panas berkurangan daripada 390 kepada 232 lokasi, manakala kawasan berisiko menyusut daripada 92 kepada 56 lokasi.

JPS mengklasifikasikan kawasan titik panas berdasarkan kekerapan kejadian banjir sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh tiga tahun, manakala kawasan berisiko merujuk lokasi yang pernah dilanda banjir dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Aktiviti mendalamkan sungai klang dilakukan oleh jentera pengorek ketika lawatan tapak projek mitigasi banjir Selangor Maritime Gateway (SMG) bersama media di Kota Kemuning, Shah Alam pada 16 Jun 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Mengikut pecahan daerah, Klang mencatatkan penurunan jumlah kawasan titik panas dan berisiko daripada 88 lokasi pada 2022 kepada 48 lokasi pada 2025.

Daerah lain turut menunjukkan trend penurunan, antaranya Hulu Langat daripada 97 kepada 46 lokasi, Sepang (73 kepada 35), Kuala Selangor (55 kepada 35) dan Petaling (55 kepada 48).

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.