Pamer iklan tanpa lesen, pemilik kedai langsir didenda RM1,500 - MPKL

20 Ogos 2026, 4:00 AM
Pamer iklan tanpa lesen, pemilik kedai langsir didenda RM1,500  - MPKL

SHAH ALAM, 20 OGOS: Seorang pemilik syarikat perniagaan langsir didenda RM1,500 oleh Mahkamah Telok Datok, Kuala Langat kerana mempamerkan iklan tanpa lesen daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat, semalam.

Menurut MPKL, kesalahan itu dikesan di sebuah premis perniagaan di Jalan Aman Tiara, Tropicana Aman, Telok Panglima Garang, yang mempamerkan iklan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya berikutan kesalahan Undang-Undang Kecil 7, Undang-Undang Kecil Iklan (MPKL) 2007,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook.

Dalam prosiding itu, MPKL memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya selepas mendapati OKS masih tidak mempunyai lesen iklan yang sah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM1,500 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.