Halina akhiri kempen SUKMA 2026 dengan empat pingat

19 Ogos 2026, 12:00 PM
Halina akhiri kempen SUKMA 2026 dengan empat pingat
Halina akhiri kempen SUKMA 2026 dengan empat pingat
Halina akhiri kempen SUKMA 2026 dengan empat pingat

SUBANG, 19 OGOS: Penembak Selangor, Halina Izreen Hasli Izwan menutup kempen Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan mengumpul empat pingat selepas meraih dua lagi pingat perak, hari ini.

Dua pingat perak itu diraih menerusi acara 25 meter pistol individu wanita dan 25 meter pistol berpasukan wanita di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang.

Semalam, Halina turut memenangi pingat perak dalam acara 10 meter pistol individu wanita, sekali gus melengkapkan kutipan tiga pingat perak dan satu gangsa pada temasya kali ini.

Halina yang juga anak bekas penembak kebangsaan berkata, beliau tidak berasa gementar ketika aksi penentuan pingat emas kerana sudah memastikan sekurang-kurangnya pingat perak berada dalam genggaman.

Penembak Selangor Halina Izreen Hasli Izwan meraih pingat perak dalam acara 25 meter(m) pistol individu wanita akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Lapang Sasar Negara Subang pada 19 Ogos 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

"Dalam penentuan pingat emas tadi, saya tidak gementar seperti ketika 'shoot out' penentuan gangsa tadi.

"Saya tahu sudah ada pingat dalam tangan jadi saya hanya fokus untuk tembak sahaja. Tapi rezeki belum memihak kepada saya untuk dapat emas," katanya ketika ditemui sebaik tamat pertandingan di sini, hari ini.

Atlet berusia 21 tahun itu berkata pencapaian empat pingat melengkapkan penampilan terakhirnya di pentas SUKMA selepas mencapai had umur kelayakan.

"Ini SUKMA terakhir saya kerana saya sudah berusia 21 tahun, selepas ini diharap akan muncul pelapis-pelapis baharu untuk mewakili dan mengharumkan nama Selangor," katanya.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.