
SUBANG, 19 OGOS: Penembak Selangor, Hazrat Adlee Mohamed Airee, mara ke pusingan akhir acara 50 meter Rifle 3 Positions lelaki pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, hari ini.
Hazrat muncul penembak terbaik dalam pusingan kelayakan selepas mengumpul 570 mata dengan 14X, sekali gus menduduki tempat pertama daripada 16 peserta.
Dia mengatasi Muhd Azman dari Negeri Sembilan dan Ahmad Zaffin Kushairie dari Pahang yang menduduki tempat kedua dan ketiga yang mengumpul 565 mata.
Dalam pusingan kelayakan, Hazrat merekodkan 92, 95, 95, 98, 95 dan 95 mata bagi enam siri, sebelum mengakhiri saingan dengan jumlah 570 mata.
Hazrat kini akan meneruskan cabaran di peringkat akhir bagi memburu pingat buat Selangor dalam acara berkenaan.
Seorang lagi wakil Selangor, Abdul Qhahar Abdul Rahman, menamatkan kelayakan di tempat ke-13 dengan 539 mata.
Acara menembak SUKMA Selangor 2026 diadakan di Lapangan Sasar Subang, mempertandingkan 28 acara pingat dari 17 Ogos hingga 21 Ogos ini.







