MPKL bersihkan lokasi sampah haram di Telok Panglima Garang, pasang papan tanda larangan

19 Ogos 2026, 8:00 AM
MPKL bersihkan lokasi sampah haram di Telok Panglima Garang, pasang papan tanda larangan

KUALA LANGAT, 19 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) membersihkan lokasi pembuangan sampah haram di Jalan Enggang, Batu 9, Telok Panglima Garang, selain memasang papan tanda larangan membuang sampah di kawasan berkenaan pada 17 Ogos lalu.

Operasi pembersihan itu dilaksanakan Unit Taskforce, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran MPKL, bermula jam 10 pagi hingga tengah hari.

MPKL berkata tindakan itu turut disusuli pemasangan papan tanda sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah di kawasan berkenaan.

“Orang ramai diingatkan bahawa kesalahan membuang sampah boleh dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil 4, UUK (4) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

MPKL berkata pihaknya komited memastikan persekitaran sentiasa bersih dan selamat demi kesejahteraan komuniti setempat menerusi pemantauan serta penguatkuasaan berterusan.

Petugas MPKL memasang papan tanda larangan membuang sampah di Jalan Enggang, Batu 9, Telok Panglima Garang, sebagai peringatan kepada orang ramai, pada 17 Ogos 2026. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Langat

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.