SHAH ALAM, 15 SEPT: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menurunkan sejumlah iklan tanpa kebenaran dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, 10 September lalu.
Dalam operasi berkenaan, Jabatan Penguatkuasaan MPKL mendapati bahan promosi terbabit tidak mendapat kebenaran atau kelulusan pihak berkuasa.
“Tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil 7, dan iklan tersebut diturunkan mengikut Undang-Undang Kecil 21(1), Undang-Undang Kecil Iklan MDKL 2007,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Antara iklan yang diturunkan termasuk promosi pinjaman wang dan kelas tuisyen.







