Scammer guna ‘voice cloning’, menyamar jadi ahli keluarga minta wang

25 Ogos 2026, 7:00 AM
Scammer guna ‘voice cloning’, menyamar jadi ahli keluarga minta wang

SHAH ALAM, 25 OGOS: Sindiket penipuan kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengklon suara ahli keluarga atau individu dikenali bagi memperdaya mangsa menyerahkan wang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IPK Selangor, Asisten Komisioner Izwan Abd Karim berkata kes penipuan menggunakan teknologi voice cloning sudah dilaporkan.

“Scammer sudah mula menggunakan teknologi voice cloning. Mereka boleh menggunakan suara adik-beradik, ibu bapa, rakan atau individu terdekat untuk menyamar dan meminta bantuan,” katanya dalam program Bicara Semasa terbitan Media Selangor.

Menurutnya, teknologi deepfake turut digunakan untuk memanipulasi wajah sehingga scammer boleh menyamar sebagai pegawai polis, bank, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi lain.

Sindiket juga mampu meniru corak pertuturan dan lenggok bahasa selain menggunakan AI untuk menghasilkan mesej phishing serta skrip penipuan.

Izwan berkata teknik caller ID spoofing pula membolehkan nombor pemanggil dimanipulasi sehingga kelihatan seperti talian rasmi polis.

Justeru, orang ramai dinasihatkan menamatkan panggilan mencurigakan dan membuat pengesahan terus dengan agensi berkenaan menerusi talian rasmi.

Beliau menegaskan polis tidak akan meminta orang ramai memindahkan wang ke akaun peribadi atau pihak ketiga bagi tujuan siasatan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.