Isu Bukit Baja hampir 20 tahun selesai, Borhan terima anugerah khas PKNS

19 Ogos 2026, 3:16 AM
Isu Bukit Baja hampir 20 tahun selesai, Borhan terima anugerah khas PKNS

SHAH ALAM, 19 OGOS: Usaha menyelesaikan isu komuniti Orang Asli Bukit Baja yang berlarutan hampir 20 tahun membawa pengiktirafan kepada EXCO Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah menerusi Anugerah Khas Pengerusi PKNS 2025, semalam.

Pengiktirafan itu diterima beliau sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Jasamu Dikenang PKNS 2026 sebagai penghargaan terhadap komitmen serta usaha beliau dalam membantu mencari penyelesaian kepada isu berkenaan.

Borhan menerusi hantaran di Facebook memberitahu penyelesaian isu yang tertangguh sekian lama itu tidak mungkin dicapai tanpa kesungguhan, rundingan dan kerjasama pelbagai pihak.

“Penyelesaian kepada isu yang telah lama tertangguh ini bukanlah usaha yang dijalankan oleh satu pihak sahaja.

“Akan tetapi, ia menuntut kesungguhan, rundingan serta kerjasama yang erat antara PKNS, Kerajaan Negeri, agensi berkaitan dan komuniti Orang Asli sehingga jalan penyelesaian dapat dicapai,” katanya.

EXCO Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah menerima Anugerah Khas Pengerusi PKNS 2025 yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Dato' Mahmud Abbas pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Jasamu Dikenang PKNS Tahun 2026 di Shah Alam pada 18 Ogos 2026. Foto BERNAMA

Borhan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat merakamkan penghargaan kepada PKNS atas pengiktirafan berkenaan, selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama membantu menjayakan usaha penyelesaian isu tersebut.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.