SUKMA 2026: Selangor terlepas pingat perseorangan tenpin boling lelaki

17 Ogos 2026, 2:46 PM
SUKMA 2026: Selangor terlepas pingat perseorangan tenpin boling lelaki

PETALING JAYA, 17 OGOS: Selangor gagal meraih sebarang pingat dalam acara perseorangan tenpin boling lelaki pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid, hari ini.

Pencapaian terbaik pemain Selangor menerusi Nor Ziedan Asyraf Nor Azliman yang menduduki tempat kelapan dengan catatan 1,223 jatuhan pin.

Seorang lagi wakil Selangor, Sayed Syawal Irfan Abdullah, sekadar menamatkan saingan di tempat ke-12.

Pingat emas acara berkenaan menjadi milik wakil Sarawak, Muhammad Isyraq Iqbal Ramadhan yang menjatuhkan 1,331 pin, manakala pemain Pulau Pinang, Muhammad Adam Darwish Dzulhakimy meraih perak dengan 1,283 jatuhan pin.

Pingat gangsa pula dimenangi wakil Pahang, Muhammad Sufi Fitri Jumalis selepas menjatuhkan 1,260 pin.

Esok, saingan tenpin boling diteruskan dengan dua pingat emas dipertandingkan menerusi acara bergu lelaki dan wanita.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.