SUKMA 2026: Goh Li Hen raih emas kuak kupu-kupu

21 Ogos 2026, 11:32 AM
SUKMA 2026: Goh Li Hen raih emas kuak kupu-kupu

SHAH ALAM, 21 OGOS: Pusat Akuatik Selangor terus menjadi gelanggang tuah buat kem renang Selangor apabila Goh Li Hen menghadiahkan satu lagi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, hari ini.

Li Hen muncul juara acara 200 meter kuak kupu-kupu lelaki selepas mencatat masa dua minit 3.96 saat, sekali gus menambah koleksi emas kontinjen negeri.

Lebih manis, Selangor turut meraih pingat gangsa menerusi Goh Li Jie yang menamatkan saingan dengan catatan dua minit 5.03 saat dalam acara sama.

Sementara itu, perenang Pulau Pinang membawa pulang pingat perak.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.