
PETALING JAYA, 22 OGOS: Selangor meraih pingat gangsa dalam acara tenpin boling Masters wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas mengumpul keseluruhan 499 jatuhan pin di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid, hari ini.
Jumlah keseluruhan 499 pin itu menyaksikan atlet Selangor, Adelia Nur Irwan Syazalee muncul di tempat ketiga, ketika berentap dalam pusingan perlawanan pingat gangsa menentang Sarawak, Nur Fathi Fatihah Mohammaz Zakry yang hanya menjatuhkan 344 pin dalam dua perlawanan.
Kejayaan itu menyumbang pingat gangsa serta menambah koleksi pingat buat kontinjen Selangor dalam saingan tenpin boling SUKMA 2026.








