MPAJ guna pendekatan harmoni bantu pemilik selesai tunggakan cukai

17 Ogos 2026, 11:25 AM

SHAH ALAM, 17 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengambil pendekatan rundingan secara harmoni dengan mengunjungi pemilik premis bagi membantu mereka menyelesaikan tunggakan cukai taksiran.

Menerusi Operasi Tunggakan Cukai Taksiran pada 15 dan 16 Ogos lalu, Jabatan Hasil MPAJ menjalankan kunjungan dari rumah ke rumah membabitkan premis kediaman dan komersial sekitar Ampang Jaya.

"Sebanyak 106 premis harta jenis kediaman dan komersial yang mempunyai tunggakan dengan jumlah keseluruhan tunggakan sebanyak RM137,997.00.

"Antara isu yang dikenal pasti sepanjang operasi dijalankan ialah melibatkan rumah kosong sebanyak 11 unit, pemilik premis enggan memberi kerjasama dan pemilik telah meninggal dunia," menurut MPAJ di Facebook.

Menurut MPAJ, pendekatan secara harmoni dan rundingan ini dilaksanakan sebagai usaha membantu pemilik harta menyelesaikan tunggakan secara lebih teratur, malah meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab pembayaran cukai taksiran.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.