200 murid keluarga berpendapatan rendah terima bantuan MPAJ

21 Nov 2026, 11:30 AM
200 murid keluarga berpendapatan rendah terima bantuan MPAJ
200 murid keluarga berpendapatan rendah terima bantuan MPAJ

AMPANG, 21 NOV: Seramai 200 murid sekolah rendah daripada keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan kelengkapan persekolahan menerusi inisiatif Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Timbalan Yang Dipertua MPAJ Ts Hasrolnizam Shaari berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban keluarga membuat persiapan menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu.

Menurutnya, penerima dikenal pasti menerusi kerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah bagi memastikan bantuan disalurkan kepada murid yang benar-benar memerlukan.

“Bagi program kali ini, kita memberi keutamaan kepada 200 murid sekolah rendah dengan menyediakan satu set kelengkapan persekolahan untuk setiap penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Media Selangor pada Majlis Perasmian dan Pembukaan Taman Rekreasi Madani AU2, Ampang, hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan majlis berkenaan.

Hasrolnizam menjelaskan pemilihan penerima dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pihak sekolah sebelum murid layak dikenal pasti untuk menerima sumbangan berkenaan.

“MPAJ menyasarkan murid daripada keluarga berpendapatan rendah dengan bekerjasama bersama pihak pentadbiran sekolah untuk mengenal pasti penerima yang memerlukan bantuan,” katanya.

Inisiatif itu melibatkan 16 sekolah di bawah kawasan pentadbiran MPAJ dengan beberapa murid daripada setiap sekolah dipilih sebagai penerima.

Setiap murid yang terpilih menerima satu set kelengkapan persekolahan sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.