MPAJ kutip lebih RM7,000 tunggakan cukai taksiran menerusi operasi rumah ke rumah

2 Ogos 2026, 11:28 AM
MPAJ kutip lebih RM7,000 tunggakan cukai taksiran menerusi operasi rumah ke rumah

SHAH ALAM, 2 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya mengutip RM7,030 tunggakan cukai taksiran menerusi Operasi Serahan Notis Peringatan Akhir dan Rundingan Tunggakan Cukai Taksiran yang dilaksanakan di Axis Residence, Taman Cempaka, semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan operasi dikendalikan Jabatan Hasil berkenaan menumpukan kepada pemilik harta yang masih mempunyai tunggakan melebihi RM10,000 meski sudah menerima Notis E.

Menurut MPAJ, pendekatan kunjungan secara harmoni dari rumah ke rumah dilaksanakan bagi mengadakan rundingan bersama pemilik premis selain mencari penyelesaian terbaik terhadap tunggakan yang masih belum dijelaskan.

“Sebanyak 46 akaun harta telah dikunjungi melibatkan jumlah tunggakan keseluruhan RM137,654.65.

“Daripada jumlah itu, kutipan sebanyak RM7,030 atau 5.11 peratus daripada keseluruhan tunggakan berjaya diperoleh sepanjang operasi dijalankan,” katanya menerusi Facebook.

MPAJ turut mengenal pasti beberapa isu yang menjadi punca tunggakan, antaranya 13 unit premis kosong dengan tunggakan berjumlah RM53,378.65, pemilik premis enggan memberi kerjasama serta premis yang tidak boleh diduduki berikutan kerosakan struktur dalaman.

“Justeru, MPAJ mengingatkan semua pemilik harta supaya menyemak dan menjelaskan tunggakan cukai taksiran masing-masing bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.