Kitar semula, bayar cukai: ‘Trash to Cash’ MPAJ raih sambutan penduduk

17 Ogos 2026, 10:30 AM
Kitar semula, bayar cukai: ‘Trash to Cash’ MPAJ raih sambutan penduduk
Kitar semula, bayar cukai: ‘Trash to Cash’ MPAJ raih sambutan penduduk
Kitar semula, bayar cukai: ‘Trash to Cash’ MPAJ raih sambutan penduduk
Kitar semula, bayar cukai: ‘Trash to Cash’ MPAJ raih sambutan penduduk
Kitar semula, bayar cukai: ‘Trash to Cash’ MPAJ raih sambutan penduduk

AMPANG, 17 OGOS: Penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memanfaatkan hasil jualan barangan kitar semula untuk membayar cukai taksiran menerusi program Trash to Cash.

Inisiatif berkenaan menghubungkan amalan kitar semula dengan tanggungjawab pembayaran cukai taksiran, sekali gus memberi nilai tambah kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sisa secara mampan.

Program yang berlangsung di Dewan KRT Taman Permata B, Jalan Permata 4, semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Sebanyak 709.85 kilogram (kg) barangan kitar semula berjaya dikutip dan dibeli sepanjang pelaksanaan program berkenaan.

Daripada jumlah itu, 130 kg membabitkan kertas, kotak (72.8 kg), plastik (67.1 kg) dan besi (73.25 kg).

Turut dikumpulkan ialah 48.05 kg sisa elektronik serta 318.65 kg minyak masak terpakai yang menjadi penyumbang terbesar kepada keseluruhan kutipan.

MPAJ memaklumkan hasil jualan bahan kitar semula itu turut dimanfaatkan untuk melaksanakan bayaran cukai taksiran.

“Hasil jualan bahan kitar semula tersebut turut digunakan bagi melaksanakan bayaran cukai taksiran, dengan penyertaan satu akaun pemilik cukai taksiran bernilai RM6.60.

“Menerusi inisiatif ini, MPAJ memperkenalkan dan melaksanakan inisiatif pembayaran cukai taksiran menggunakan hasil jualan bahan kitar semula,” katanya menerusi Facebook.

MPAJ turut merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang mengambil bahagian dan bersama-sama menjayakan usaha ke arah mewujudkan persekitaran lebih bersih, hijau dan mampan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.