Gagal bersih premis, MPAJ keluar empat kompaun

24 Nov 2026, 5:00 AM
Gagal bersih premis, MPAJ keluar empat kompaun

AMPANG, 24 NOV: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan empat kompaun terhadap pemilik tanah dan rumah kosong yang gagal melaksanakan kerja pembersihan dalam tempoh ditetapkan.

MPAJ memaklumkan tindakan itu diambil menerusi pemeriksaan dan penguatkuasaan oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan di sekitar Ampang Jaya, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat premis yang tidak diselenggara dengan baik sehingga berpotensi menyebabkan kacau ganggu termasuk keadaan rumah, bangunan atau tanah yang kotor serta persekitaran tidak terurus.

“Susulan kegagalan pemilik melaksanakan kerja pembersihan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis dikeluarkan, sebanyak empat kompaun telah dikeluarkan dan ditinggalkan di dalam peti surat pemilik.

Petugas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik rumah kosong yang gagal mematuhi arahan pembersihan di Taman Kelab Ukay, Ampang pada 23 November 2026. Foto Facebook MPAJ

“Tindakan itu diambil di bawah Seksyen 82(1), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) berkaitan tindakan menghapuskan kacau ganggu,” katanya dalam kenyataan.

Pihak berkuasa tempatan itu turut memaklumkan pemeriksaan susulan akan dijalankan selepas tempoh 14 hari daripada tarikh pengeluaran kompaun bagi memastikan arahan pembersihan dan penghapusan kacau ganggu dipatuhi.

“Sekiranya pemilik masih gagal mematuhi arahan, tindakan penguatkuasaan lanjut akan diambil termasuk penyediaan Kertas Siasatan (IP) untuk tindakan pendakwaan,” katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.