ad
PBT

Lebih 600kg barangan kitar semula dikumpul menerusi program Trash to Cash

16 Mei 2025, 8:23 AM
Lebih 600kg barangan kitar semula dikumpul menerusi program Trash to Cash
Lebih 600kg barangan kitar semula dikumpul menerusi program Trash to Cash
Lebih 600kg barangan kitar semula dikumpul menerusi program Trash to Cash

SHAH ALAM, 16 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya mengumpul sebanyak 622.5 kilogram (kg) barangan kitar semula menerusi program ‘Trash to Cash’ yang berlangsung di Dewan Komuniti Angsana Hilir, Ampang pada Sabtu lalu.

MPAJ menerusi kenyataan memaklumkan jumlah berkenaan termasuk 158.9kg minyak masak terpakai, 99.2kg sisa elektronik dan bakinya merupakan barangan aluminium, besi, kotak dan kertas.

“Justeru, kita amat menggalakkan dan menyeru orang ramai terutama penduduk di sekitar Ampang Jaya untuk bersama menyokong inisiatif program kitar semula ‘Trash to Cash’ ini.

[caption id="attachment_701381" align="aligncenter" width="675"] Sebahagian penduduk menghantar barangan kitar semula di Dewan Komuniti Angsana Hilir pada 10 Mei 2025. Foto MPAJ[/caption]

“MPAJ akan meneruskan program berkenaan di beberapa lagi lokasi sepanjang Mei ini demi menggalakkan masyarakat terus melestarikan alam sekitar menerusi inisiatif kitar semula,” katanya.

Program bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari itu menawarkan RM2 bagi setiap kg minyak masak terpakai, RM1/kg aluminium, 20 sen/kg sisa elektrik elektronik atau barangan kitar semula seperti kertas/ kotak/ plastik.

“Orang ramai dijemput hadir dengan membawa barangan yang bersesuaian untuk diserahkan dan pada masa sama menyokong inisiatif melestarikan alam sekitar oleh MPAJ,” katanya.

[caption id="attachment_701383" align="aligncenter" width="660"] Penduduk yang menghantar barangan kitar semula menerima wang tunai ketika program ‘Trash to Cash’ MPAJ di Dewan Komuniti Angsana Hilir pada 10 Mei 2025. Foto MPAJ[/caption]

Berikut jadual program ‘Trash to Cash’ MPAJ:

  • Kawasan Parkir Masjid Bukit Indah Ampang (17 Mei)
  • Pangsapuri Rasmi, Taman Rasmi Jaya Ampang (17 Mei)
  • Jalan Jujur 1/8, Taman Bakti Ampang (18 Mei)
  • Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah (25 Mei)
  • SJKC Choon Hwa Lembah Maju (31 Mei)

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.