SHAH ALAM, 16 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan lima daerah di Selangor sehingga jam 6 petang hari ini.
Kawasan terlibat ialah Hulu Langat, Sepang, Petaling, Gombak dan Kuala Langat.
Cuaca sama turut dijangka melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
Di Kedah, kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Sik, Baling dan Pendang manakala di Perak membabitkan Hulu Perak.
Amaran turut meliputi Gua Musang di Kelantan serta Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Terengganu di Terengganu.
Di Pahang, kawasan terlibat ialah Cameron Highlands, Bera, Rompin, Pekan dan Jerantut manakala di Negeri Sembilan meliputi Jempol, Tampin, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu dan Rembau.
Turut terjejas ialah Segamat, Kota Tinggi dan Mersing di Johor serta Miri, Marudi dan Limbang di Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.








