Selangor raih emas acara Pencak Silat Tunggal Putera

16 Ogos 2026, 3:03 AM
Selangor raih emas acara Pencak Silat Tunggal Putera
Selangor raih emas acara Pencak Silat Tunggal Putera

KAJANG, 16 OGOS: Atlet Selangor Muhammad Aliff Damien Mohd Redzuan meraih pingat emas dalam acara Pencak Silat Tunggal Putera pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, di Dewan Seri Sarjana, UNITEN hari ini.

Dalam acara berkenaan, pesilat bertanding secara individu dengan mempersembahkan rangkaian gerakan dan teknik pencak silat yang dinilai berdasarkan aspek ketepatan, teknik serta mutu persembahan.

Muhammad Aliff Damien tampil cemerlang dengan melengkapkan persembahan dalam catatan masa tiga minit dan memperoleh 9.925 mata untuk mengatasi atlet dari Perak, Hadif Irfan Mustaffa Kamal.

Pencapaian berkenaan sekali gus menyaksikan Selangor turut membolot emas dalam kategori Pencak Silat Tunggal Puteri dan Tunggal Putera, sekali gus menambah koleksi pingat emas kontinjen negeri itu dalam saingan SUKMA 2026 yang berlangsung di negeri berkenaan.

Kejayaan itu turut mencerminkan prestasi yang membanggakan atlet pencak silat Selangor di gelanggang SUKMA 2026, selain menyemarakkan usaha kontinjen skuad tuan rumah untuk terus menambah kutipan pingat emas dalam temasya tersebut.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.