
KAJANG, 16 OGOS: Atlet Selangor, Izzah Najwa Norwanizam menghadiahkan pingat emas dalam acara Pencak Silat Tunggal Puteri pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, di Dewan Seri Sarjana, UNITEN hari ini.
Dalam acara berkenaan, pesilat bertanding secara individu dengan mempersembahkan rangkaian gerakan dan teknik pencak silat yang dinilai berdasarkan aspek ketepatan, teknik serta mutu persembahan.
Izzah Najwa tampil cemerlang dengan melengkapkan persembahan dengan memperoleh 9.92 mata untuk mengatasi atlet dari Sabah, Roslyana Rustam.
Pencapaian berkenaan sekali gus atlet pencak silat itu dinobatkan sebagai juara kategori Pencak Silat Tunggal Puteri dan menyumbang pingat emas buat kontinjen Selangor.
Kejayaan itu turut menambah koleksi emas Selangor dalam saingan SUKMA 2026 yang berlangsung di negeri berkenaan.







