Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 1 tengah hari

16 Ogos 2026, 2:23 AM
Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 1 tengah hari

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran dikeluarkan pada 8.35 pagi memaklumkan kawasan yang terjejas di Semenanjung merangkumi Perlis dan Melaka selain Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Setar di Kedah.

Amaran itu turut melibatkan Kuantan, Pekan dan Jerantut di Pahang, Sepang dan Kuala Langat di Selangor; Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan serta Tangkak dan Muar di Johor.

Di Sarawak, ramalan itu dikeluarkan bagi kawasan Mukah, Selangau, Sibu, Sarikei, Maradong, Bintulu, Kapit, Bukit Mabong dan Subis di Miri.

Amaran itu adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.