SUKMA 2026: Raptai penuh selesai, bahang perasmian kian terasa

14 Ogos 2026, 3:52 PM
SUKMA 2026: Raptai penuh selesai, bahang perasmian kian terasa
SUKMA 2026: Raptai penuh selesai, bahang perasmian kian terasa

SHAH ALAM, 14 OGOS: Bahang perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026 kian terasa apabila raptai penuh berlangsung lancar di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.

Raptai tersebut menyaksikan 15 kontinjen termasuk Brunei mengambil bahagian dalam lintasan hormat sebelum berarak memasuki kawasan utama dataran.

Acara kemudian diteruskan dengan upacara simbolik menaikkan bendera SUKMA dan bacaan ikrar oleh wakil kontinjen serta atlet.

Kira-kira 30,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam bagi menyaksikan majlis perasmian yang berlangsung malam esok.

Kontinjen Brunei ketika mengikuti raptai penuh Majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi. Foto WAN KOYAN/MEDIA SELANGOR

Bertemakan ‘Di Sinilah Lahirnya Juara’, majlis itu turut menandakan kepulangan temasya sukan berkenaan ke Selangor selepas 28 tahun.

Konsep terbuka yang diketengahkan memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan majlis, selain menyaksikan perarakan atlet dengan lebih dekat.

Selain acara rasmi, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan barisan artis tempatan antaranya Jaclyn Victor, Azlan bersama Balan Kash, Caliph Buskers, Nadeera Zaini dan Ayai Ilusi.

Majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 dijadualkan bermula jam 8 malam esok di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.