Insentif MamaKerja dibuka Isnin ini, ibu bekerja terima RM1,000

14 Ogos 2026, 10:00 AM
Insentif MamaKerja dibuka Isnin ini, ibu bekerja terima RM1,000
Insentif MamaKerja dibuka Isnin ini, ibu bekerja terima RM1,000
Insentif MamaKerja dibuka Isnin ini, ibu bekerja terima RM1,000

SHAH ALAM, 14 OGOS: Permohonan Insentif MamaKerja 2.0 yang menawarkan bantuan RM1,000 kepada ibu bekerja di Selangor akan dibuka mulai Isnin ini.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata insentif RM1,000 bagi setiap penerima menerusi Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2 itu boleh dimohon melalui aplikasi Nine dengan mengimbas kod QR.

Menurutnya, inisiatif berkenaan dapat membantu meringankan kos penjagaan anak selain memberi ruang kepada lebih ramai wanita untuk bekerja dengan tenang tanpa mengabaikan kebajikan dan keselamatan anak-anak.

“Kerajaan Negeri terus mengorak langkah dalam menjawab realiti kehidupan hari ini, dengan meneruskan inisiatif MamaKerja sebagai inisiatif kepada ibu bekerja yang memerlukan sokongan penjagaan anak yang selamat dan berkualiti.

Foto Facebook Anfaal Saari

“Semoga lebih ramai ibu bekerja dapat memanfaatkan inisiatif ini demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak,” katanya menerusi Facebook.

Bulan lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan kira-kira 10,000 ibu bekerja di Selangor bakal menerima RM1,000 setiap seorang menerusi aplikasi Nine apabila permohonan berjaya.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, fasa baharu MamaKerja turut diperkukuh menerusi penambahan peruntukan RM5 juta di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan keseluruhan dana program meningkat kepada RM10 juta.

Inisiatif MamaKerja merupakan antara Tawaran Kita Selangor dalam tempoh 100 hari yang dijanjikan gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023.

Bantuan berkenaan terbuka kepada ibu bekerja yang mempunyai anak berusia bawah enam tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 sebulan.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.