Tadika KEMAS Al-Hidayah bakal beroperasi di Balai Raya Taman Bukit Kuchai

14 Ogos 2026, 9:00 AM
Tadika KEMAS Al-Hidayah bakal beroperasi di Balai Raya Taman Bukit Kuchai
Tadika KEMAS Al-Hidayah bakal beroperasi di Balai Raya Taman Bukit Kuchai

SHAH ALAM, 14 OGOS: Tadika KEMAS Al-Hidayah Taman Bukit Kuchai, Puchong bakal meneruskan sesi pembelajaran di balai raya kawasan berkenaan selepas menerima tawaran menggunakan premis itu sebagai lokasi baharu.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara berkata kerja pembersihan balai raya terbabit sedang dilaksanakan sebelum premis itu diserahkan kepada pengurusan tadika menjelang hujung bulan ini.

“Awal tahun ini, pengurusan tadika Taman Bukit Kuchai menghubungi pihak saya dan memaklumkan tapak tanah tadika itu mempunyai pemilik baharu. Jadi tadika melibatkan 44 pelajar serta empat petugas dan guru perlu dipindahkan.

“Minggu lalu, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memberikan surat tawaran kepada pihak tadika dan membenarkan aktiviti pembelajaran dijalankan di Balai Raya Taman Bukit Kuchai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sze Han berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak berkaitan termasuk Pengerusi Tadika KEMAS, Azwan Amran bagi memastikan urusan perpindahan berjalan lancar.

“Berita baik ini pasti melegakan para ibu bapa dan anak-anak. Terima kasih kepada pihak MBSJ,” katanya.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.