Selangor perluas usaha tarik pelaburan global, tidak terhad lima negara

19 Nov 2026, 12:00 PM
Selangor perluas usaha tarik pelaburan global, tidak terhad lima negara
Selangor perluas usaha tarik pelaburan global, tidak terhad lima negara

SHAH ALAM, 19 NOV: Kerajaan Selangor tidak mengehadkan usaha menarik pelaburan kepada lima negara penyumbang utama, sebaliknya turut membuka peluang kepada pelabur dari seluruh dunia.

EXCO Pelaburan, Ng Sze Han berkata selain Amerika Syarikat, China, Singapura, Jepun dan Australia, Selangor turut meneroka potensi pelaburan dari negara yang menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

"Usaha menarik pelaburan berkualiti ke Selangor tidak terhad kepada lima negara pelaburan utama sahaja. Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor sentiasa mengadakan lawatan dan libat urus bersama negara-negara ahli CPTPP bagi mempromosi kekuatan negeri pada mereka dan jadikan Selangor get away to Asian.

"Walaupun nilai diluluskan bagi pelaburan bukan top five, tidak bermakna tiada pelaburan negara Eropah. Banyak syarikat Netherlands masuk ke Selangor dan tubuhkan syarikat atau kilang pembuatan.

"Usaha ini diteruskan supaya memastikan Selangor menjadi pilihan utama kepada semua negara dan tidak terhad kepada top five tetapi terbuka kepada semua negara yang ingin membuka pasaran lebih besar khususnya pasaran di Asia," katanya pada sesi penggulungan Belanjawan Negeri Selangor di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Dalam pada itu, Sze Han memaklumkan sebanyak 39 pusat data sedang beroperasi di Selangor selain menawarkan peluang dalam perkembangan ekonomi semasa.

"Bagi permohonan baharu semakan perlu dibuat terlebih dahulu dengan Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) kerana permohonan pergi ke DCTF baru datang ke Selangor sama ada ke pihak berkuasa tempatan (PBT) atau agensi berkaitan...itu saya perlu buat semakan.

"Berhubung Data Centre Union Sdn Bhd (DC Union), setahu saya masih belum dapat kelulusan penuh daripada Kerajaan Negeri atau agensi bawah Kerajaan Negeri," katanya.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.