Selangor bakal jadi hab serantau industri pesawat eVTOL

18 Nov 2026, 6:10 AM
Selangor bakal jadi hab serantau industri pesawat eVTOL

SHAH ALAM, 18 NOV: Selangor bakal menjadi lokasi penubuhan pusat perniagaan serantau bagi membangunkan ekosistem pesawat elektrik berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL), sekali gus membuka potensi pelaburan asing dan pertumbuhan ekonomi baharu.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata inisiatif menerusi kerjasama Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dengan TCab Tech itu dijangka memperkukuh kedudukan negeri dalam industri berteknologi tinggi serta ekonomi altitud rendah.

"Melalui kerjasama antara SIDEC dan TCab Tech, syarikat tersebut merancang untuk menubuhkan sebuah pusat perniagaan serantau di Selangor.

"Inisiatif ini berpotensi menarik pelaburan serta membuka peluang penyertaan syarikat tempatan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan komponen pesawat, kejuruteraan, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pembangunan teknologi berkaitan.

"Selain itu, pembangunan industri eVTOL turut berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, memperkukuh pemindahan teknologi dan kepakaran serta merangsang pertumbuhan sektor sokongan seperti pelancongan, pengangkutan penumpang dan logistik," katanya pada sesi pertanyaan lisan Persidangan Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Balakong Ong Chun Wei berhubung eVTOL, Sze Han memaklumkan antara aplikasi yang sedang diteroka oleh TCab Tech termasuk perkhidmatan perjalanan jarak dekat antara bandar, hubungan antara hab pengangkutan dengan destinasi pelancongan serta penyelesaian mobiliti udara di kawasan bandar.

"Bagaimanapun, unjuran nilai ekonomi secara kuantitatif termasuk jumlah pelaburan, peluang pekerjaan dan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri masih belum dapat ditentukan pada peringkat ini memandangkan kerjasama tersebut masih dalam fasa penerokaan peluang pengkomersialan.

"Penilaian lanjut akan mengambil kira skala pelaburan, pembangunan operasi, penyertaan industri tempatan serta kesiapsiagaan ekosistem dan kerangka kawal selia berkaitan," ujarnya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar memaklumkan Selangor berhasrat membangunkan eVTOL bagi membuka peluang kepada syarikat tempatan, jurutera muda serta tenaga mahir menyertai industri mobiliti udara masa depan.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, usaha itu bukan sekadar membawa masuk teknologi baharu, sebaliknya membina keupayaan tempatan merangkumi pembuatan komponen, penyelenggaraan serta pembangunan kepakaran industri.

Pusat perniagaan eVTOL serantau dirancang di Selangor

SHAH ALAM, 18 NOV: Selangor bakal menjadi lokasi penubuhan pusat perniagaan serantau bagi membangunkan ekosistem pesawat elektrik berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL), sekali gus membuka potensi pelaburan asing dan pertumbuhan ekonomi baharu.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata inisiatif menerusi kerjasama Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dengan TCab Tech itu dijangka memperkukuh kedudukan negeri dalam industri berteknologi tinggi serta ekonomi altitud rendah.

"Melalui kerjasama antara Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dan TCab Tech, syarikat tersebut merancang untuk menubuhkan sebuah pusat perniagaan serantau di Selangor," katanya.

Menurut beliau, pembangunan industri berkenaan berpotensi membuka ruang kepada syarikat tempatan menyertai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan komponen pesawat, kejuruteraan serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

"Selain itu, pembangunan industri eVTOL turut berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, memperkukuh pemindahan teknologi dan kepakaran serta merangsang pertumbuhan sektor sokongan seperti pelancongan, pengangkutan penumpang dan logistik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Balakong Ong Chun Wei berhubung pembangunan eVTOL pada sesi pertanyaan lisan Persidangan Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Sze Han menjelaskan antara aplikasi sedang diteroka TCab Tech termasuk perjalanan jarak dekat antara bandar, hubungan hab pengangkutan dengan destinasi pelancongan serta penyelesaian mobiliti udara di kawasan bandar.

Bagaimanapun, katanya, nilai pelaburan, jumlah peluang pekerjaan dan sumbangan industri itu kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Selangor belum dapat ditentukan kerana kerjasama masih dalam fasa penerokaan peluang pengkomersialan.

"Penilaian lanjut akan mengambil kira skala pelaburan, pembangunan operasi, penyertaan industri tempatan serta kesiapsiagaan ekosistem dan kerangka kawal selia berkaitan," ujarnya.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari menyatakan hasrat membangunkan industri eVTOL bagi membuka peluang kepada syarikat tempatan, jurutera muda dan tenaga mahir, dengan tumpuan bukan sekadar membawa masuk teknologi baharu tetapi membina keupayaan tempatan dalam pembuatan komponen, penyelenggaraan serta pembangunan kepakaran industri.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.