Dadah dijumpai dalam lokap Balai Polis Lumut, konstabel antara tiga ditahan

13 Ogos 2026, 9:31 AM
Dadah dijumpai dalam lokap Balai Polis Lumut, konstabel antara tiga ditahan

SHAH ALAM, 13 OGOS: Tiga individu termasuk seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan selepas polis menemukan dadah pelbagai jenis ketika pemeriksaan di Balai Polis Lumut, Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pemeriksaan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada kira-kira jam 8.30 pagi menemukan dadah jenis methamphetamine, heroin dan kanabis bersama dua orang kena tuduh (OKT) berusia lingkungan 40-an yang berada di dalam lokap, lapor Berita Harian.

“Polis menemukan 16 punjut plastik mengandungi bahan disyaki methamphetamine dengan anggaran berat 109.54 gram serta 16 punjut plastik mengandungi bahan disyaki heroin seberat 110.37 gram.

“Polis turut menemukan 23 punjut plastik mengandungi bahan daun kering disyaki kanabis dengan anggaran berat 142.31 gram,” katanya pada sidang media selepas majlis pelupusan barang kes dadah dan ketum di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, hari ini.

Beliau berkata nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan RM18,534.

Susulan penemuan itu, katanya, polis turut menahan seorang konstabel berusia lingkungan 30-an yang bertugas di balai berkenaan bagi membantu siasatan.

“Saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga individu mendapati dua daripadanya positif methamphetamine, manakala anggota polis terbabit negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau.

“Semuanya direman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.