Kerja pembinaan luar waktu di Bukit Changgang, MPKL ambil tindakan

13 Ogos 2026, 5:00 AM
Kerja pembinaan luar waktu di Bukit Changgang, MPKL ambil tindakan

SHAH ALAM, 13 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengambil tindakan terhadap aktiviti pembinaan yang dijalankan di luar waktu dibenarkan di Pekan Bukit Changgang, Mukim Tanjung Dua Belas.

Tindakan itu dibuat susulan aduan penduduk sebelum pemeriksaan MPKL mendapati berlaku pelanggaran terhadap waktu operasi yang ditetapkan.

MPKL menegaskan pematuhan terhadap waktu operasi penting bagi mengelakkan gangguan kepada penduduk sekitar.

“Susulan itu, MPKL mengeluarkan notis pemberitahuan dan notis kesalahan di bawah Seksyen 70(13)(d) untuk tindakan selanjutnya.

“Sehubungan itu, MPKL akan meneruskan pemantauan secara berkala bagi memastikan pihak pemaju mematuhi semua syarat dan ketetapan yang ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

MPKL turut menegaskan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat atau peruntukan undang-undang berkuat kuasa di kawasan pentadbirannya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.