Gudang Makanan Selangor simpan 8,000 tan beras, tampung keperluan tiga bulan

13 Ogos 2026, 3:51 AM
Gudang Makanan Selangor simpan 8,000 tan beras, tampung keperluan tiga bulan
Gudang Makanan Selangor simpan 8,000 tan beras, tampung keperluan tiga bulan

SHAH ALAM, 13 OGOS: Gudang Makanan Selangor (GMS) yang dilancar bagi mengukuhkan jaminan rantaian bekalan serta memastikan kestabilan harga barang kini memiliki kira-kira 8,000 tan simpanan beras.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata stok penimbal itu dijangka mampu memenuhi sekitar 15 hingga 20 peratus keperluan semasa penduduk bagi tempoh sehingga tiga bulan.

“Setiap tahun selepas lancarkan GMS, kita tambah lagi stok simpanan makanan. Selain itu, ketika ini Kerajaan Persekutuan turut mempunyai 290,000 tan beras yang disimpan pengeluar dan penyimpan beras.

“Kira tak hadkan makanan asas semata tetapi turut menyimpan sumber protein antaranya daging dan ikan yang kita kumpulkan sejak 2024. Harapan kita untuk miliki stok penimbal berdaya tahan antara tiga ke enam bulan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri Hulu Bernam Mu’Izzuddeen Mahyuddin, Amirudin berkata Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) giat mencari alternatif bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi termasuk memajak beberapa lot padi.

“Simpanan kita tidak boleh disimpan terlalu lama kerana akan rosak. Jadi kita akan tawar di Jualan Ehsan Rahmah atau Ehsan Mart sebelum rosak. Beras juga perlu matang dan disimpan dengan baik,” katanya.

Pada April, EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim memberi jaminan bekalan makanan untuk kegunaan kecemasan di Selangor mencukupi bagi menampung keperluan semasa.

Menurutnya, bekalan sedia ada di GMS mampu menampung keperluan kira-kira 20 peratus penduduk setiap bulan hingga akhir tahun ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri merancang untuk meningkatkan kapasiti simpanan meliputi makanan ruji dan sumber protein kepada 40 peratus keperluan bulanan menjelang tahun depan.

Selangor menjadi negeri pertama memiliki gudang makanan, dibangun mengggunakan fasiliti syarikat logistik Tiong Nam di Pelabuhan Klang yang dikendalikan PKPS.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.