Selangor perhebat penguatkuasaan Akta 757, atasi krisis pengurusan strata

12 Ogos 2026, 5:54 AM
Selangor perhebat penguatkuasaan Akta 757, atasi krisis pengurusan strata

SHAH ALAM, 12 OGOS: Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) memperkukuh tadbir urus pembangunan berstrata sebagai strategi langkah panjang bagi mengatasi isu kutipan yuran penyelenggaran yang kritikal.

EXCO Perumahan Dato’ Borhan Aman Shah berkata pengukuhan melibatkan aspek utama seperti mengukuhkan penguatkuasaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), memperkasakan keupayaan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).

“Selain itu, LPHS meningkatkan pematuhan dan pendigitalan pengurusan strata melalui penggunaan Sistem e-COB, program kesedaran kepada pemilik petak serta pelaksanaan penarafan bintang (Star Rating) bagi menggalakkan amalan pengurusan yang lebih cekap dan profesional.

“Pengukuhan Akta 757 melalui bimbingan dan tindakan oleh COB terhadap melalui bimbingan dan tindakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Bangunan (COB) Selangor terhadap pemilik petak yang gagal menjelaskan caj penyelenggaraan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing R.Rajiv yang ingin mengetahui senarai pihak berkuasa tempatan yang tidak mempunyai sebarang pengurusan skim strata pada Sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Borhan menambah sebanyak 310 skim strata yang masih belum mempunyai JMB, MC atau Ejen Pengurusan yang berfungsi, melibatkan 35,817 petak mengikut rekod terkini dari COB seluruh negeri.

“Keadaan ini berpunca daripada beberapa faktor, antaranya kegagalan menubuhkan atau mengekalkan badan pengurusan yang berfungsi.

“Selain itu, kadar kutipan caj penyelenggaraan yang rendah dan kelamahan tadbir urus, kurangnya penyertaan serta kesedaran pemilik petak terhadap tanggungjawab mengurus harta bersama.

“Isu perundangan dan pentadbiran juga menyebabkan proses pengurusan strata tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan,” ujarnya lagi.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.