SUKMA 2026: Selangor sasar emas polo air

11 Ogos 2026, 12:00 PM
SUKMA 2026: Selangor sasar emas polo air
SUKMA 2026: Selangor sasar emas polo air
SUKMA 2026: Selangor sasar emas polo air

SHAH ALAM, 11 OGOS: Selangor menyasarkan pingat emas dalam acara polo air lelaki dan wanita pada temasya SUKMA XXII, selepas sukan itu kali terakhir dipertandingkan pada SUKMA XVI Kuala Lumpur pada 2013.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, Ahmad Zaki Ahmad Zainuddin, yang berharap skuad polo air Selangor mampu mengatasi cabaran pasukan negeri lain sekali gus menyumbang emas kepada kontinjen negeri.

Worldwide Holdings Berhad merupakan keluarga angkat kepada kontinjen Selangor pada temasya SUKMA XXII.

“Sebagai keluarga angkat kepada kontinjen Selangor, saya berhajat polo air Selangor, termasuk renang dan sukan lain, meraih emas.

“Ini adalah cabaran besar kerana banyak juga pasukan negeri lain yang kuat dalam sukan polo air ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perjumpaan dan Menyantuni Pasukan Polo Air Lelaki dan Wanita Selangor di Pusat Akuatik Selangor, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan Polo Air Lelaki Selangor, Brandon Wong berkata, beliau bersama rakan sepasukan sudah bersedia memberikan cabaran terbaik bagi memastikan pingat emas menjadi milik Selangor.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang antara pasukan yang kuat.

“Kita akan hadapi satu persatu pasukan selain membuat persediaan dan perancangan terbaik untuk menghadapi mereka,” katanya.

Ketua Pasukan Polo Air Wanita Selangor, Lim Syn Roo pula berkata, pasukannya akan memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan bagi merealisasikan sasaran emas.

“Kita akan buat yang terbaik dalam setiap perlawanan dan memastikan kami bermain bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap perlawanan,” katanya.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.