Enam daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat hingga 10 pagi

11 Ogos 2026, 12:19 AM
Enam daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 11 OGOS: Enam daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Kawasan terbabit ialah Kuala Langat, Sepang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Hulu Langat.

METMalaysia memaklumkan cuaca sama turut dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan, selain Putrajaya serta Melaka.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Bagan Datuk, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah, manakala di Terengganu membabitkan Dungun.

Bagi Negeri Sembilan, amaran berkenaan meliputi Port Dickson, Seremban dan Rembau.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada, mengelakkan aktiviti luar serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini yang dikeluarkan MetMalaysia.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.