SLE: Jangan buat ujian darah sendiri, dapatkan penilaian doktor

10 Ogos 2026, 2:00 AM
SLE: Jangan buat ujian darah sendiri, dapatkan penilaian doktor
SLE: Jangan buat ujian darah sendiri, dapatkan penilaian doktor
SLE: Jangan buat ujian darah sendiri, dapatkan penilaian doktor

SHAH ALAM, 10 OGOS: Ujian darah bagi mengesan Systemic Lupus Erythematosus (SLE) tidak wajar dilakukan sewenang-wenangnya tanpa penilaian doktor kerana keputusan ujian sahaja tidak mencukupi untuk mengesahkan penyakit itu.

Pakar Perunding Rheumatologi dan Perubatan Dalaman Dr Pradeep V Ravindra Dass berkata Antinuclear Antibody (ANA) antara ujian yang digunakan dalam penilaian penyakit autoimun, namun terdapat individu yang memperoleh keputusan positif tanpa menunjukkan sebarang gejala.

Menurutnya, keadaan itu boleh menimbulkan keresahan seseorang terhadap keputusan yang diperoleh sedangkan diagnosis SLE memerlukan penilaian lanjut oleh doktor.

"Ujian saringan ini juga ada bahayanya. Kita tidak boleh mengambil semua orang dan membuat ujian sesuka hati kerana ada individu yang keputusan ujiannya positif tetapi sebenarnya tidak mempunyai sebarang gejala.

"Jika mereka lihat keputusan itu positif, ia hanya menyebabkan stres dan lebih merisaukan diri sendiri," katanya dalam program Bicara Semasa terbitan Media Selangor, baru-baru ini.

SLE merupakan penyakit autoimun kronik yang berlaku apabila sistem imun tersilap menyerang tisu dan organ badan sendiri.

Penyakit itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian tubuh termasuk kulit, sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru dan otak jika tidak dikesan serta dirawat lebih awal.

Pakar Perunding Rheumatologi dan Perubatan Dalaman, Dr Pradeep V Ravindra Dass ketika program Bicara Semasa SLE: Bila Badan Sendiri Jadi Musuh di Studio Utama Media Selangor, Shah Alam pada 6 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Sejarah keluarga, simptom antara petunjuk

Menurut Dr Pradeep, keperluan menjalani pemeriksaan perlu ditentukan berdasarkan penilaian doktor, terutama bagi individu yang mempunyai sejarah keluarga menghidap SLE atau mengalami simptom mencurigakan.

Katanya, antara gejala yang perlu diberi perhatian ialah demam berulang, rambut gugur tanpa sebab jelas, ulser mulut berpanjangan, sakit atau bengkak sendi, ruam pada wajah serta air kencing berbuih.

"Kalau ada ahli keluarga yang menghidap SLE, memang kecenderungan untuk mendapat penyakit itu lebih tinggi berbanding orang biasa.

"Selain itu, jika seseorang mengalami simptom yang berulang atau tidak hilang walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik, itu masa yang sesuai untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan penilaian lanjut," katanya.

Beliau berkata simptom berkenaan tidak semestinya muncul serentak, sebaliknya boleh berlaku secara berasingan dalam tempoh beberapa bulan.

Ujian darah antara pemeriksaan yang digunakan dalam penilaian penyakit autoimun termasuk SLE. - Gambar janaan AI

Diagnosis bukan bergantung kepada satu ujian

Dr Pradeep menjelaskan diagnosis SLE tidak boleh dibuat berdasarkan satu keputusan ujian darah semata-mata kerana doktor perlu menilai keseluruhan keadaan pesakit.

Menurutnya, proses diagnosis melibatkan sejarah kesihatan pesakit, pemeriksaan fizikal serta ujian darah yang bersesuaian bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai keadaan mereka.

"Jangan terus pergi ke makmal dan buat ujian sendiri. Jumpa pakar dahulu, biar doktor dengar cerita pesakit, lakukan pemeriksaan dan tentukan ujian yang benar-benar diperlukan.

"Kalau tidak, kita hanya akan merisaukan diri sendiri. Overthinking kini sudah menjadi satu trend dalam masyarakat dan itu juga tidak baik," katanya.

Dalam pada itu, Dr Pradeep turut berkongsi konsep '5P' yang boleh dijadikan panduan kepada pesakit SLE dan individu berisiko bagi menguruskan penyakit serta mengurangkan risiko komplikasi.

Berikut lima perkara yang perlu diingati:

Panduan '5P' untuk pesakit SLE.
Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.