MB: RS-2 jadi pelan utama aspirasi Negeri Model ASEAN

7 Ogos 2026, 7:55 AM
MB: RS-2 jadi pelan utama aspirasi Negeri Model ASEAN

SHAH ALAM, 7 OGOS: Rancangan Selangor Kedua (RS-2) yang dibentangkan hari ini menjadi pelan tindakan utama bagi merealisasikan aspirasi Selangor sebagai Negeri Model ASEAN menjelang 2030.

Dato' Menteri Besar berkata dokumen dasar bagi tempoh 2026 hingga 2030 itu akan menjadi hala tuju rasmi pembangunan negeri, sekali gus kompas rujukan semua agensi persekutuan.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, ia juga bakal menjadi rujukan agensi negeri termasuk jabatan, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik negeri dan pemegang taruh bagi melaksanakan pembangunan.

"Dengan penuh takzim, saya berdiri dalam Dewan yang mulia ini membawa satu usul bahawa Dewan ini mendokong usaha Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia dengan ekonomi bernilai RM500 bilion.

"(Selain itu) menawarkan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat, mengurangkan jurang pendapatan serta pembangunan antara daerah dan meningkatkan keberkesanan pengangkutan awam.

"(Usul juga) bagi kesejahteraan rakyat, dan merealisasikan sebaik mungkin enam misi merangkumi 25 bidang keutamaan berserta 98 inisatif," katanya ketika membentangkan RS-2 di Dewan Negeri Selangor, di sini.

RS-2 menggariskan enam misi iaitu:

-Memacu Kepimpinan Ekonomi Selangor

-Pembangunan Seimbang dan Peluang Saksama Merentasi Daerah

-Negeri Penyayang dan Berdaya Huni

-Modal Insan Produktif dan Inklusif

-Negeri Lestari, Berdaya Tahan dan Strategik

-Kerajaan Efektif, Mesra Rakyat dan Perniagaan

Maklumat berkaitan RS-2 boleh dimuat turun melalui pautan ini atau ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.