MB: Deepavali perkukuh perpaduan, keharmonian rakyat Selangor

8 Nov 2026, 2:39 AM
MB: Deepavali perkukuh perpaduan, keharmonian rakyat Selangor
MB: Deepavali perkukuh perpaduan, keharmonian rakyat Selangor

SHAH ALAM, 8 NOV: Sambutan Deepavali bukan sekadar perayaan keagamaan, sebaliknya menjadi wadah memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Pesta Cahaya itu turut mencerminkan kekuatan masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana saling menghormati dan meraikan kepelbagaian budaya.

“Bagi masyarakat Selangor, Deepavali adalah sambutan yang juga mengukuhkan perpaduan, keharmonian serta sifat kita sebagai satu komuniti yang majmuk,” katanya menerusi perutusan sempena Deepavali hari ini.

Menurutnya, Deepavali membawa makna simbolik kemenangan cahaya mengatasi kegelapan atau kejahatan, selain mengajak masyarakat melakukan perubahan rohani ke arah kehidupan lebih baik.

Beliau turut menegaskan komuniti India di Selangor terus mendapat perhatian Kerajaan Negeri menerusi pelbagai program dan inisiatif pemerkasaan masyarakat.

“Semoga keraian Pesta Cahaya kali ini membawa kekuatan, kesejahteraan dan kasih sayang di dalam kehidupan,” katanya.

Deepavali yang disambut hari ini diraikan masyarakat Hindu dengan pelbagai tradisi termasuk menghias kolam, memasang pelita, mengadakan upacara keagamaan serta kunjung-mengunjungi keluarga dan sahabat handai.

Sementara itu, Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Selangor 2026 dijadual berlangsung pada 14 November ini di Dataran Klang atau Padang Chetty, Klang, bermula jam 6 petang hingga 11.30 malam.

Bertemakan Cahaya Perpaduan, Selangor Sejahtera, sambutan itu terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum bagi meraikan kepelbagaian budaya dan mengeratkan hubungan sesama rakyat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.